PERHATIAN:
BLOG SMK TELUK KUMBAR 2 TELAH DINAIKTARAF KEPADA LAMAN WEB SEKOLAH. SILA LAYARI LAMAN WEB SMK TELUK KUMBAR 2 SEPERTI BERIKUT:
http://www.smktkdua.edu.my
Monday, December 3, 2012
Tuesday, April 10, 2012
Program Tinjauan Mesra Rakyat 1 Malaysia
Pada 7 April 2012 (Sabtu), SMK Teluk Kumbar 2 telah dipilih sebagai tuan rumah kepada Program Tinjauan Mesra Rakyat 1 Malaysia anjuran KP1M, PDRM, BTN, TV al-Hijrah serta NGO tempatan. Sesuai dengan tempat program, pihak KP1M bersetuju supaya Ceramah Motivasi diadakan di Dewan Saujana yang disampaikan oleh Dato' Hj. Shahlan Hj. Ismail, Setiausaha Politik kepada Y.A.B Perdana Menteri.
Sebelum itu, Imam Muda Nuri Ali Bin Arbaee telah mengimamkan solat subuh berjemaah serta memberi tazkirah di Dataran Wawasan sekolah ini. Turut hadir Ketua Polis Negeri Pulau Pinang, Datuk Wira Ayub Yaakob serta 30 anggota polis trafik bermotosikal kuasa tinggi turut hadir. Di samping itu Dato' Prof Idiris Hj Saleh, Pengerusi Kariah Teluk Kumbar serta AJK Kariah dan Pegawai Masjid turut hadir semasa solat subuh berjemaah serta majlis tahlil.
Pelancaran Tuisyen Desa SPM dan PMR
Pihak sekolah ingin merakamkan penghargaan terima kasih kepada Risda Pulau Pinang kerana sudi menaja Tusiyen Desa untuk pelajar Tingkatan 5 sekolah ini. Pada 23 Mac 2012, pihak Risda Pulau Pinang sudi mengadakan Majlis Pelancarang Tuisyen Desa untuk PMR dan SPM. Pelancaran Tuisyen Desa itu dimulakan dengan majlis bacaan Yaasin di Surau sekolah ini dengan disertai oleh YB Tuan Syed Amerruddin (ADUN Bayan Lepas), En. Termizi Ahmad (Mewakili Pengarah Risda Negeri Pulau Pinang) serta ibubapa/waris dan pelajar-pelajar Tingkatan 5 dan Tingkatan 3 yang terlibat dengan program tersebut di atas.
Dalam ucapan majlis pelancaran itu YB Tuan Syed Amerruddin mengingatkan ibubapa dan pelajar tentang betapa pentingnya pelajaran untuk masa depan yang semakin mencabar. Beliau mahu pelajar-pelajar memberi tumpuan kepada pelajaran dan cuba membebaskan diri dengan gejala yang tidak sihat seperti penagihan dadah, mat rempit, budaya melepak dan sebagainya.
Majlis Pelancaran Tuisyen Desa itu diakhiri dengan majlis penyampaian Sijil Penghargaan kepada pengendali Tuisyen Desa dan jamuan makan malam yang ditaja oleh Risda dan Pusat Khidmat ADUN Bayan Lepas.
Mesyuarat Agung PIBG SMK Teluk Kumbar 2
Mesyuarat Agung PIBG SMK Teluk Kumbar 2 telah diadakan pada 31 Mac 2012 jam 8.30 pagi di Dewan Saujana. Pengerusi JKKKP Bukit Gemuroh, Tuan Hj. Nordin Ahmad dijemput memberi ucapan dan merasmikan mesyuarat tersebut. Kehadiran ahli PIBG di kalangan ibu bapa/waris tidak begitu ramai jika dibandingkan dengan jumlah pelajar di sekolah ini.
Dalam mesyuarat tersebut, derma PIBG telah dinaikkan dari RM10 kepada RM20 bagi setiap keluarga pelajar. Ini bermakna derma PIBG sebanyak itu akan dipungut pada tahun 2013. Pihak PIBG dan sekolah ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua ahli PIBG terutama ibubapa/waris yang hadir dalam mesyuarat tersebut kerana sudi menaikkan derma PIBG. Tahniah kepada ahli-ahli PIBG yang baru dilantik dengan harapan dapat memberi sumbangan idea dan tenaga untuk membangunkan PIBG dan meningkatkan kecemerlangan akademik pelajar-pelajar sekolah ini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada bekas ahli-ahli PIBG yang telah berkhidmat dengan PIBG sekolah ini. Jasamu sentiasa dikenang!
Thursday, February 9, 2012
ATLET NEGARA AKAN BERSAMA PELAJAR PADA HARI MERENTAS DESA SMKTK2
Merentas Desa Sekolah Menengah Teluk Kumbar 2 akan diadakan pada 11 Februari 2012 (Sabtu) bermula jam 7.30 pagi. Semua pelajar diwajibkan hadir dengan berpakaian sukan yang lengkap dan sesuai.
Acara Merentas Desa sekolah pada tahun ini akan dihadiri oleh atlet sukan negara yang berjaya mencipta nama di peringkat antarabangsa. Beliau merupakan anak tempatan, tinggal di Kg. Suluk, Teluk Kumbar, Pulau Pinang. Antara pencapaian tertinggi sukan boling padang di peringkat antarabangsa ialah:
- Asia Pasific Championship, Melbourne, Australia (1 Emas, 1 Perak)
- Asia Cub Championship, China (1 Emas, 1 Perak)
- Junior Cub Championship, Hong Kong (1 Perak)
- Commanwealth Game, Melbourne ( 1 Emas)
- Asia Pasific Championship, Kuala Lumpur (1 Emas, 1 Perak)
- Merdeka Bowls Championship, Klang Selangor (1 Perak)
Oleh itu semua pelajar diminta hadir pada hari Merentas Desa sekolah ini untuk mengetahui rahsia kejayaan Azlina Arshad, 31 tahun yang berjaya mengelilingi seluruh dunia sejak tahun 2002 hingga sekarang.
Sunday, February 5, 2012
Imam Muda Ustaz Nazrul Izwan bersama warga SMK Teluk Kumbar 2
Warga sekolah dan PIBG SMK Teluk Kumbar 2 ingin merakamkan penghargaan terima kasih kepada Jawatankuasa Kariah Masjid Teluk Kumbar dan Gerakan Belia 4B (M) Teluk Kumbar kerana sudi memberi ruang sedikit waktu Imam Muda Ustaz Nazrul untuk bersama warga sekolah pada jam 11.00 pagi hingga 12.00 tengah hari, Jumaat yang lalu.
Kehadiran Imam Muda telah sedikit sebanyak dapat menyuntik semangat dan kesedaran di kalangan pelajar sekolah ini untuk mencontohi sikap Rasulullah SAW. Kelunakan suara dan kemampuan beliau menyanyi lagu-lagu nasyid dan zikir munajat telah berjaya menarik minat dan perhatian keseluruhan pelajar yang hadir memenuhi Dewan Saujana. Dengan harapan ceramah selama 60 minit oleh Imam Muda Ustaz Nazrul itu dapat meninggalkan kesan positif terhadap sikap setiap pelajar SMKTK2 yang hadir pada hari itu.Saturday, December 10, 2011
Penyerahan Borang Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) di SMKTK2
Kira-kira jam 7.30 pagi tadi, sudah ada ibu bapa menunggu di sekolah untuk memperolehi borang BR1M. Tiga pegawai LHDN telah mengedarkan dan menerima borang tersebut mulai 10 Disember 2011 hingga 10 Januari 2012.
Friday, November 18, 2011
Suasana Penyerahan Bantuan Khas RM100 di SMK Teluk Kumbar 2
![]() |
| Ibu bapa sedang menandatangan dokumen! |
![]() | |
| Suasana penyerahan bantuan dalam Dewan Saujana |
![]() | |
| Ibubapa/Waris sedang berbaris di Medan Ilmu |
Thursday, November 10, 2011
Kursus Pengurusan Fail SMK Teluk Kumbar 2
Hari ini, Khamis 10 November 2011 jam 2.30 petang pihak pentadbir SMK Teluk Kumbar 2 telah mengadakan Kursus Pengurusan Fail kepada semua Penolong Kanan, Ketua Bidang dan Ketua Panitia. Mulai awal tahun 2012, SMK Teluk Kumbar 2 dijangka akan mengamalkan pengurusan fail yang sistematik dan efisyen. Semua pihak diminta memberi sokongan dan kerjasama supaya matlamat sekolah ingin mengadakan sistem fail yang mantap mulai tahun 2012 berhasil.
![]() |
| Cik Aida Hanum sedang beri taklimat |
![]() |
| Sebahagian peserta kursus |
![]() |
| PK dan Ketua Bidang sedang beri tumpuan |
Thursday, November 3, 2011
Program Ceramah dan Bubur Asyura
![]() | |
| Pandangan dalam Dewan Sekoah |
![]() | |
| Tn Hj. Shamizam sedang menyampaikan ceramah |
![]() |
| Pelajar-pelajar mendengar ceramah dengan penuh minat |
![]() | |
| Bahan-bahan ramuan masakan dibasuh dulu! |
![]() | ||||
Gotong Royong Memasak Dibantu oleh Wanita Kampung
|
Hari ini, Jumaat bersamaan 8 Muharram 1433 Hijrah, SMK Teluk Kumbar 2 melalui Panitia Pendidikan Islam mengadakan gotong royong memasak bubur asyura dengan kerjasama Pertubuhan Wanita Qaryah Kg. Suluk. Sempena dengan sambutan Hari Raya Korban (Aidul Fitri), Panitia Pendidikan Islam turut mengadakan ceramah agama yang disampaikan oleh Tn Hj. Shamizam Bin Ibrahim, guru Pendidikan Islam dari SJKC Keong Hoe, Sungai Dua, Pulau Pinang. Semua pelajar dan guru yang tidak terlibat dengan gotong royong memasak bubur asyura dijemput hadir bersama dengan pelajar. Majlis ini akan berakhir dengan penyerahan bubur asyura kepada setiap pelajar dan guru serta kakitangan sekolah. Majlis dijangka tamat pada jam 12.15 tengah hari ini. Diucapkan terima kasih dan tahniah kepada Jawatankuasa Pengelola / Panitia Pendidikan Islam yang berjaya mengadakan program tersebut pada hari ini.
Wednesday, November 2, 2011
Program Ekspresi Bakat Pelajar PKBP Tahun 2011
Pada 2 Nov. 2011 jam 9.30 pagi bertempat di Hotel Traders, Georgetown, Pulau Pinang, SMK Teluk Kumbar 2 telah menganjurkan Program Ekspresi Bakat Pelajar Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran tahun 2011. Penolong Pengarah Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang, En. Huzaimi Mohd Hashim telah hadir dan merasmikan program tersebut. Pelbagai acara telah diadakan antaranya persembahan pelajar seperti Nyanyian Koir, Tarian, Sketsa dan Pakaian Beragam. Disamping itu acara Cabutan Bertuah dan Penyampaian Hadiah, Sijil dan Cenderahati kepada tetamu dan pelajar turut memeriahkan suasana majlis tersebut. Ibu bapa pelajar juga turut memberi sokongan dengan menghadiri dengan anak masing-masing dalam program yang julung kali diadakan di sebuah hotel terkemuka di Pulau Pinang. Pihak sekolah ingin merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada semua Guru Pendidikan Khas dan Pembantu Pengurusan Murid yang begitu komited mengadakan program tersebut yang boleh dianggap sangat berjaya. Begitu juga ucapan terima kasih kepada PIBG dan pelbagai pihak yang turut memberi sumbangan kewangan dan moral bagi memastikan program itu berjalan dengan lancar. Program itu tamat pada jam 12.30 tengah hari dengan acara bergambar beramai-ramai. [Sila klik pada gambar untuk saiz gambar yang lebih besar]
Sunday, October 16, 2011
PEPERIKSAAN AWAM DAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2011
Peperiksaan PMR
Tarikh: 4/10/2011 hingga 11/10/2011
Peperiksaan SPM
Tarikh: 14/11/2011 hingga 13/12/2011
Peperiksaan Akhir Tahun 2011
Tingkatan 1 dan Tingkatan 2
Tarikh: 20/10/2011 hingga 28/10/2011
Tingkatan 4Peperiksaan SPM
Tarikh: 14/11/2011 hingga 13/12/2011
Peperiksaan Akhir Tahun 2011
Tingkatan 1 dan Tingkatan 2
Tarikh: 20/10/2011 hingga 28/10/2011
Tarikh: 17/10/2011 hingga 25/10/2011
Sunday, October 9, 2011
Kursus Motivasi Kepimpinan Pengawas 2011 SMK Teluk Kumbar 2
Unit Disiplin dan Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Teluk Kumbar 2 telah mengadakan Kursus Motivasi Kepimpinan Pengawas pada 7/10/2011 hingga 9/10/2011 di Pusat Sukan Latihan Air Teluk Kumbar, Unit Sukan, Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang.
Antara objektif kursus ialah:
i. Menanamkan sikap bertanggungjawab terhadap diri sendiri, sekolah, agama, bangsa dan negara semasa menjalankan tugas masing-masing di sekolah.
ii. Menanamkan sikap positif, meningkatkan keyakinan diri, bekerjasama, bertoleransi, beramanah, bersungguh-sungguh dalam pelajaran dan mempunyai wawasan yang baik.
iii. Membantu pelajar meneroka potensi diri dan menggunakannya dengan berkesan dalam menentukan matlamat hidup dan semasa memainkan peranannya di sekolah.
Sejumlah 39 peserta telah menamatkan kursus di kem tersebut dan dijangka akan dilantik sebagai pengawas pada tahun 2012. Sebelum dilantik pelajar-pelajar tersebut akan melalui tempoh percubaan selama kira-kira satu setengah bulan dalam baki sesi persekolahan tahun 2011.
Wednesday, September 14, 2011
ANUGERAH KANTIN SEKOLAH MENENGAH DAN DEWAN MAKAN SEKOLAH MENENGAH BERASRAMA BERSIH 2011
SMK Teluk Kumbar 2 (SMKTK 2) telah dicalonkan mewakili PPD Barat Daya untuk Anugerah Kantin Sekolah Menengah dan Dewan Makan Sekolah Menengah Berasrama Bersih 2011 untuk pertandingan kantin tercantik peringkat Negeri Pulau Pinang. Satu penghargaan buat SMKTK 2 kerana terpilih untuk mewakili PPD Barat Daya dan semoga berjaya terpilih untuk ke peringkat seterusnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)











































