"MESYUARAT AGUNG PIBG PADA 31 MAC 2012 (SABTU) JAM 8.00 PAGI. SEMUA WARIS PELAJAR DIJEMPUT HADIR"

Friday, December 31, 2010

MAJLIS PERJUMPAAN DENGAN WARIS TINGKATAN 1 2011

Pendaftaran murid-murid tingkatan 1

Pada 31 Disember 2010 SMK Teluk Kumbar II telah mengadakan Majlis Perjumpaan Dengan Waris Tingkatan 1 sesi 2011. Walaupun pada 31 Disember diumumkan  Cuti umum namun majlis perjumpaan diadakan seperti yang dirancangkan. Berdasarkan maklumat awal yang diperolehi sambutan ibu bapa adalah amat menggalakkan. Pendaftaran bermula pada pukul 7.30 pagi kemudian diikuti dengan taklimat daripada YDP PIBG dan semua barisan pentadbir SMK Teluk Kumbar II. Para ibu bapa dan penjaga memberi kerjasama yang amat baik sepanjang majlis berlangsung.  Majlis berjalan dengan lancar dan berakhir pada pukul 12.00 tengah hari. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang berusaha memastikan majlis berjalan dengan lancar.

Monday, December 27, 2010

KEPUTUSAN RAYUAN PERTUKARAN TINGKATAN 1 TAHUN 2011

Keputusan rayuan pertukaran Tingkatan 1 telah pun diketahui oleh waris pelajar. Pelajar Tingkatan 1 yang tidak berjaya dalam pertukaran itu perlu mendaftarkan diri di sekolah menengah asal yang mana mereka ditempatkan.  Untuk waris dan pelajar Tingkatan 1 SMK Teluk Kumbar II yang gagal dalam rayuan itu diminta untuk hadir Hari Perjumpaan dengan Waris dan Pelajar Tingkatan 1 di SMK Teluk Kumbar II pada 31 Disember 2010 (Jumaat) jam 7.30 pagi. Sila siapkan dokumen-dokumen dan bayaran persekolahan yang boleh dibayar pada hari tersebut, Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan HEM dan Penolong Kanan Kokurikulum akan memberi taklimat dalam bidang masing-masing kepada semua ibubapa dan pelajar yang hadir pada hari itu. Yang DiPertua PIBG turut menyampaikan ucapan beliau dalam majlis tersebut. Ucapan Penutup majlis itu akan disempurnakan oleh Pengetua SMK Teluk Kumbar II. Kehadiran Ibubapa/waris dan pelajar Tingkatan 1 di majlis itu amat mustahak suoaya mereka dapat memahami tentang pelbagai aspek kehidupan seorang pelajar di sekolah serta ibubapa/waris sendiri dapat memainkan peranan mereka selari dengan visi dan misi sekolah ini.

Thursday, December 23, 2010

Pencapaian bertambah baik PMR tahun 2010

Secara umumnya pencapaian PMR tahun 2010 SMK Teluk Kumbar II bertambah baik berbanding dengan PMR 2009. Tahniah kepada pelajar-pelajar PMR pada  tahun 2010 yang telah memperbaiki pencapaian sekolah dalam PMR pada tahun ini. Terima kasih kepada semua guru sekolah ini yang tidak jemu-jemu memberi tunjuk-ajar dengan sabar dan penuh dedikasi. Ibubapa yang mengambil berat terhadap pelajaran anak-anak mereka turut menyumbangkan kepada pencapaian PMR pada tahun ini. Berikut adalah 10 pelajar terbaik di SMK Teluk Kumbar II.

10 PELAJAR TERBAIK :

1) ZARIF ZAHIRAH BINTI MOHD ELIAS              ( 8A, 1C )           
2) NUR AISYAH BINTI ROSLAN                           ( 8A )   
3) MUHAMMAD SABRI BIN AZNI                        ( 7A, 1B ) 
4) SHAKIRA ADILLA BINTI SHUAIB                    ( 7A, 1B )         
5) SITI NOORHAZIRAH BINTI ISMAIL                  ( 7A, 1B ) 
6) SITI FATIMAH BINTI ZAINOL                            ( 6A, 2B )             
7) FARIHIN NABIHAH BINTI IBRAHIM                 ( 6A, 2B )
8) MIMI FARHANA BINTI HADITH                        ( 5A, 2B, 1C )
9) NURNADIA BINTI YAHAYA                               ( 5A, 1B, 2C
10) MOHD FAIZ HAFIZI ABU BAKAR                  ( 4A, 3B, 1C )

Tuesday, December 14, 2010

HARI PENGESAHAN DAN RAYUAN PELAJAR TING. 1 TAHUN 2011

Kes rayuan tukar sekolah
Ibu Bapa pelajar membuat pengesahan
Pada 15 dan 16 Disember 2010, SMK Teluk Kumbar II telah mengadakan Hari Pengesahan dan Rayuan untuk pelajar-pelajar Tingkatan 1 Tahun 2011. Oleh itu warga SMK Teluk Kumbar mengalu-alukan kedatangan waris dan pelajar ke SMK Teluk Kumbar II pada hari dan masa yang ditetapkan.
Pihak sekolah telah mengadakan beberapa kaunter untuk memudahkan pihak waris dan pelajar membuat pengesahan serta rayuan ke sekolah pilihan ibu bapa/pelajar. Tiada sebarang bayaran persekolahan dan lain-lain dipungut oleh pihak sekolah pada hari itu. Pelajar-pelajar yang mengesahkan diri untuk belajar di SMK Teluk Kumbar II telah diberikan fail yang mengandungi pelbagai maklumat dan borang yang memerlukan tindakan oleh waris/pelajar.  Keputusan rayuan akan diketahui pada 27 Disember 2010. 
Sebarang pertanyaan, ibubapa/waris boleh datang sendiri ke pejabat sekolah atau hubungi pihak sekolah melalui talian 04-6495144/5154.

Monday, December 6, 2010

AMANAT SULUNG PENGETUA SMK TELUK KUMBAR II

Salam sejahtera dan salam 1Malaysia.
Pada kesempatan ini, saya melafazkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT dan mengucapkan terima kasih kepada JPN kerana memberikan kepercayaan dan keyakinan kepada saya untuk menerajui kepimpinan SMK Teluk Kumbar II. Oleh itu saya berjanji akan melakukan yang terbaik mudah-mudahan semua warga sekolah; guru dan kakitangan sekolah dan termasuklah ibu bapa serta anggota masyarakat sekitar akan turut merasa bangga menjadi sebahagian komuniti sekolah ini.

Sekian, terima kasih.

Rusli Hashim
Pengetua SMK Teluk Kumbar II