"MESYUARAT AGUNG PIBG PADA 31 MAC 2012 (SABTU) JAM 8.00 PAGI. SEMUA WARIS PELAJAR DIJEMPUT HADIR"

Monday, December 3, 2012

SILA LAYARI LAMAN WEB SMK TELUK KUMBAR 2!

PERHATIAN:
BLOG SMK TELUK KUMBAR 2 TELAH DINAIKTARAF KEPADA LAMAN WEB SEKOLAH. SILA LAYARI LAMAN WEB SMK TELUK KUMBAR 2 SEPERTI BERIKUT:

                             http://www.smktkdua.edu.my

Tuesday, April 10, 2012

Program Tinjauan Mesra Rakyat 1 Malaysia




Pada 7 April 2012 (Sabtu), SMK Teluk Kumbar 2 telah dipilih sebagai tuan rumah kepada Program Tinjauan Mesra Rakyat 1 Malaysia anjuran KP1M, PDRM, BTN, TV al-Hijrah serta NGO tempatan. Sesuai dengan tempat program, pihak KP1M bersetuju supaya Ceramah Motivasi diadakan di Dewan Saujana yang disampaikan oleh Dato' Hj. Shahlan Hj. Ismail, Setiausaha Politik kepada Y.A.B Perdana Menteri.

Sebelum itu, Imam Muda Nuri Ali Bin Arbaee telah mengimamkan solat subuh berjemaah serta memberi tazkirah di Dataran Wawasan sekolah ini. Turut hadir Ketua Polis Negeri Pulau Pinang, Datuk Wira Ayub Yaakob serta 30 anggota polis trafik bermotosikal kuasa tinggi turut hadir. Di samping itu Dato' Prof Idiris Hj Saleh, Pengerusi Kariah Teluk Kumbar serta AJK Kariah dan Pegawai Masjid turut hadir semasa solat subuh berjemaah serta majlis tahlil.

Pelancaran Tuisyen Desa SPM dan PMR

Pihak sekolah ingin merakamkan penghargaan terima kasih kepada Risda Pulau Pinang kerana sudi menaja Tusiyen Desa untuk pelajar Tingkatan 5 sekolah ini. Pada 23 Mac 2012, pihak Risda Pulau Pinang sudi mengadakan Majlis Pelancarang Tuisyen Desa untuk PMR dan SPM. Pelancaran Tuisyen Desa  itu dimulakan dengan majlis bacaan Yaasin di Surau sekolah ini dengan disertai oleh YB Tuan Syed Amerruddin (ADUN Bayan Lepas), En. Termizi Ahmad (Mewakili Pengarah Risda Negeri Pulau Pinang) serta ibubapa/waris dan pelajar-pelajar Tingkatan 5 dan Tingkatan 3 yang terlibat dengan program tersebut di atas. 

Dalam ucapan majlis pelancaran itu YB Tuan Syed Amerruddin mengingatkan ibubapa dan pelajar tentang betapa pentingnya pelajaran untuk masa depan yang semakin mencabar. Beliau mahu pelajar-pelajar memberi tumpuan kepada pelajaran dan cuba membebaskan diri dengan gejala yang tidak sihat seperti penagihan dadah, mat rempit, budaya melepak dan sebagainya.

Majlis Pelancaran Tuisyen Desa itu diakhiri dengan majlis penyampaian Sijil Penghargaan kepada pengendali Tuisyen Desa dan jamuan makan malam yang ditaja oleh Risda dan Pusat Khidmat ADUN Bayan Lepas.

Mesyuarat Agung PIBG SMK Teluk Kumbar 2

Mesyuarat Agung PIBG SMK Teluk Kumbar 2 telah diadakan pada 31 Mac 2012 jam 8.30 pagi di Dewan Saujana. Pengerusi JKKKP Bukit Gemuroh, Tuan Hj. Nordin Ahmad dijemput memberi ucapan dan merasmikan mesyuarat tersebut. Kehadiran ahli PIBG di kalangan ibu bapa/waris tidak begitu ramai jika dibandingkan dengan jumlah pelajar di sekolah ini.
Dalam mesyuarat tersebut, derma PIBG telah dinaikkan dari RM10 kepada RM20 bagi setiap keluarga pelajar. Ini bermakna derma PIBG sebanyak itu akan dipungut pada tahun 2013. Pihak PIBG dan sekolah ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua ahli PIBG terutama ibubapa/waris yang hadir dalam mesyuarat tersebut kerana sudi menaikkan derma PIBG. Tahniah kepada ahli-ahli PIBG yang  baru dilantik dengan harapan dapat memberi sumbangan idea dan tenaga untuk membangunkan PIBG dan meningkatkan kecemerlangan akademik pelajar-pelajar sekolah ini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada bekas ahli-ahli PIBG yang telah berkhidmat dengan PIBG sekolah ini. Jasamu sentiasa dikenang!

Thursday, February 9, 2012

ATLET NEGARA AKAN BERSAMA PELAJAR PADA HARI MERENTAS DESA SMKTK2

Merentas Desa Sekolah Menengah Teluk Kumbar 2 akan diadakan pada 11 Februari 2012 (Sabtu) bermula jam 7.30 pagi. Semua pelajar diwajibkan hadir dengan berpakaian sukan yang lengkap dan sesuai. 

Acara Merentas Desa sekolah pada tahun ini akan dihadiri oleh atlet sukan negara yang berjaya mencipta nama di peringkat antarabangsa. Beliau merupakan anak tempatan, tinggal di Kg. Suluk, Teluk Kumbar, Pulau Pinang. Antara pencapaian tertinggi sukan boling padang di peringkat antarabangsa ialah:
    1. Asia Pasific Championship, Melbourne, Australia (1 Emas, 1 Perak)
    2. Asia Cub Championship, China (1 Emas, 1 Perak)
    3. Junior Cub Championship, Hong Kong (1 Perak)
    4. Commanwealth Game, Melbourne ( 1 Emas)
    5. Asia Pasific Championship, Kuala Lumpur (1 Emas, 1 Perak)
    6. Merdeka Bowls Championship, Klang Selangor (1 Perak)
Oleh itu semua pelajar diminta hadir pada hari Merentas Desa sekolah ini untuk mengetahui rahsia kejayaan Azlina Arshad, 31 tahun yang berjaya mengelilingi seluruh dunia sejak tahun 2002 hingga sekarang.

Sunday, February 5, 2012

Imam Muda Ustaz Nazrul Izwan bersama warga SMK Teluk Kumbar 2




Warga sekolah dan PIBG SMK Teluk Kumbar 2 ingin merakamkan penghargaan terima kasih kepada Jawatankuasa Kariah Masjid Teluk Kumbar dan Gerakan Belia 4B (M) Teluk Kumbar kerana sudi memberi ruang sedikit waktu Imam Muda Ustaz Nazrul untuk bersama warga sekolah pada jam 11.00 pagi hingga 12.00 tengah hari, Jumaat yang lalu.

Kehadiran Imam Muda telah sedikit sebanyak dapat menyuntik semangat dan kesedaran di kalangan pelajar sekolah ini untuk mencontohi sikap Rasulullah SAW.  Kelunakan suara dan kemampuan beliau menyanyi lagu-lagu nasyid dan zikir munajat telah berjaya menarik minat dan perhatian keseluruhan pelajar yang hadir memenuhi Dewan Saujana. Dengan harapan  ceramah  selama 60 minit oleh  Imam Muda Ustaz Nazrul itu dapat meninggalkan kesan positif terhadap sikap setiap pelajar SMKTK2 yang hadir pada hari itu.

Saturday, December 10, 2011

Penyerahan Borang Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) di SMKTK2

Kira-kira jam 7.30 pagi tadi, sudah ada ibu bapa menunggu di sekolah untuk memperolehi borang BR1M. Tiga pegawai LHDN telah mengedarkan dan menerima borang tersebut mulai 10 Disember 2011 hingga 10 Januari 2012.