"MESYUARAT AGUNG PIBG PADA 31 MAC 2012 (SABTU) JAM 8.00 PAGI. SEMUA WARIS PELAJAR DIJEMPUT HADIR"

Tuesday, April 10, 2012

Pelancaran Tuisyen Desa SPM dan PMR

Pihak sekolah ingin merakamkan penghargaan terima kasih kepada Risda Pulau Pinang kerana sudi menaja Tusiyen Desa untuk pelajar Tingkatan 5 sekolah ini. Pada 23 Mac 2012, pihak Risda Pulau Pinang sudi mengadakan Majlis Pelancarang Tuisyen Desa untuk PMR dan SPM. Pelancaran Tuisyen Desa  itu dimulakan dengan majlis bacaan Yaasin di Surau sekolah ini dengan disertai oleh YB Tuan Syed Amerruddin (ADUN Bayan Lepas), En. Termizi Ahmad (Mewakili Pengarah Risda Negeri Pulau Pinang) serta ibubapa/waris dan pelajar-pelajar Tingkatan 5 dan Tingkatan 3 yang terlibat dengan program tersebut di atas. 

Dalam ucapan majlis pelancaran itu YB Tuan Syed Amerruddin mengingatkan ibubapa dan pelajar tentang betapa pentingnya pelajaran untuk masa depan yang semakin mencabar. Beliau mahu pelajar-pelajar memberi tumpuan kepada pelajaran dan cuba membebaskan diri dengan gejala yang tidak sihat seperti penagihan dadah, mat rempit, budaya melepak dan sebagainya.

Majlis Pelancaran Tuisyen Desa itu diakhiri dengan majlis penyampaian Sijil Penghargaan kepada pengendali Tuisyen Desa dan jamuan makan malam yang ditaja oleh Risda dan Pusat Khidmat ADUN Bayan Lepas.