"MESYUARAT AGUNG PIBG PADA 31 MAC 2012 (SABTU) JAM 8.00 PAGI. SEMUA WARIS PELAJAR DIJEMPUT HADIR"

Wednesday, September 14, 2011

ANUGERAH KANTIN SEKOLAH MENENGAH DAN DEWAN MAKAN SEKOLAH MENENGAH BERASRAMA BERSIH 2011







SMK Teluk Kumbar 2 (SMKTK 2) telah dicalonkan mewakili PPD Barat Daya untuk Anugerah Kantin Sekolah Menengah dan Dewan Makan Sekolah Menengah Berasrama Bersih 2011 untuk pertandingan kantin tercantik peringkat Negeri Pulau Pinang. Satu penghargaan buat SMKTK 2 kerana terpilih untuk mewakili PPD Barat Daya dan semoga berjaya terpilih untuk ke peringkat seterusnya.
MAKANAN BERKHASIAT

      Kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga namun ramai yang tidak menyedarinya sehingga ditimpa sesuatu penyakit yang tenat. Ramai juga yang tidak menyedari akan peranan pengambilan makanan yang berkhasiat untuk memastikan kesihatan yang baik.

      Punca utama serangan penyakit-penyakit tenat seperti kanser dan penyakit jantung ialah kerana tidak memakan makanan yang sempurna dan kurang memakan makanan yang berkhasiat. Corak pengambilan makanan yang teratur sepatutnya dimulakan sejak awal lagi. Pepatah ada mengatakan, "Diri Anda Ialah Apa Yang Anda Makan" dan kenyataan ini benar dalam soal kesihatan. Corak pemakanan menentukan keadaan kesihatan kita kerana diet yang tidak teratur memburukkan kesihatan. Seorang pelajar, pengambilan makanan yang berkhasiat adalah sangat penting dalam membantu proses tumbesaran dan pembelajaran anda di sekolah. Para pelajar sangat digalakkan untuk mengambil makanan seimbang di rumah mahupun di sekolah.


KERACUNAN MAKANAN

      APA   ITU KERACUNAN       MAKANAN ?????


      Keracunan makanan merupakan keadaan yang mana seseorang itu mengalami:

* Loya dan muntah
* Memulas dan sakit perut.
* Cirit-birit.
* Kadangkala demam dan kesejukan


TANDA-TANDA GEJALA KERACUNAN MAKANAN

   Tanda-tanda akan timbul beberapa jam selepas makan makanan yang tercemar (beracun) atau beberapa hari kemudiannya. Gejala berbeza bergantung kepada:
      * Ketahanan seseorang
* Jenis keracunan
* Jumlah racun yang termakan
* umur seseorang

PUNCA-PUNCA KERACUNAN

·         Mengandungi toksin atau racun semulajadi seperti setengan jenis kulat, cendawan, makanan laut ("shell-fish") dan sebagainya.



  • Tercemar oleh kuman yang berbahaya dan tercemar oleh bahan-bahan kimia 
  •          Tercemar oleh lalat, habuk dan sebagainya



CARA JANGKITAN

·         Pengguna kotor

·      
   Memegang makanan dengan tangan kotor

·         LANGKAH MENGATASI KERACUNAN MAKANAN

      Makan makanan yang bersih
      Cuci tangan sehinggabersih sebelum memegang atau menjamah makanan


·         CARA MENCUCI TANGAN

- Guna sabun