"MESYUARAT AGUNG PIBG PADA 31 MAC 2012 (SABTU) JAM 8.00 PAGI. SEMUA WARIS PELAJAR DIJEMPUT HADIR"

Tuesday, May 3, 2011

MAJLIS PENYERAHAN KOMPUTER 1 MALAYSIA DI SMKTK II


Penyerahan komputer kepada para pelajar oleh YB. Tn. Syed Amerruddin
Pada 3 Mei 2011 ( Selasa), telah diadakan Majlis Penyerahan Komputer 1 Malaysia anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia(SKMM). Seramai 91 pelajar dari SMKTK II telah terpilih untuk menerima komputer peribadi. Pemilihan para pelajar berdasarkan beberapa kriteria iaitu cemerlang dalam akademik dan mempunyai rekod disiplin yang baik.
Disamping itu pendapatan isi rumah juga diambil kira iaitu di bawah
para guru dan pelajar membuat persiapan
sebelum majlis bermula
RM3000 sebulan. Objektif majlis ini adalah bertujuan untuk membantu para pelajar yang kurang berkemampuan  tetapi cemerlang dari segi akademik dan sahsiah memiliki komputer sendiri. Tetamu kehormat yang turut hadir ialah YB. Tn. Syed Amerruddin bin Dato' Hj. Syed Ahmad, ADUN Bayan Lepas dan En. Razak, YDP PIBG SMKTK II. Majlis turut dihadiri oleh wakil-wakil dari Celcom dan TM Net untuk urusanpendaftaran internet dan para ibu bapa pelajar yang menerima komputer. Majlis bermula pada pukul 11.30 pagi dan dimulai dengan ucapan dari YB. Tn. Syed Amerruddin bin Dato' Hj. Syed Ahmad. Sejurus selepas itu, beliau turut menyampaikan 10 buah komputer kepada 10 orang pelajar sebagai simbolik penyerahan komputer 1 Malaysia. Majlis diteruskan dengan penyampaian komputer oleh guru kepada para pelajar di kaunter-kaunter yang telah ditetapkan. Majlis berakhir pada pukul 1.00 petang. Diharap dengan pemberian komputer secara percuma kepada para pelajat dapat melahirkan para pelajar SMKTK II yang celik ICT dan dapat meningkatkan keyakinan dalam diri pelajar untuk melangkah jauh ke hadapan.


penyerahan komputer kepada para pelajar mengikut kaunter

Monday, May 2, 2011

Pertandingan DigiLive Sekolahku Bakatku Zon Utara di Kompleks Bukit Jambul

Persembahan SMKTK2
Guru juga berbakat!
Penonton terpukau!
 Pada 2 Mei 2011, kira-kira jam 2.00 petang, bertempat di Komples Bukit Jambul, pasukan tarian dari SMKTK2 telah membuat persembahan dalam acara DigiLive Sekolahku Bakatku anjuran bersama DIGI dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Sepuluh buah sekolah yang layak ke peringkat final zon utara telah membuat persembahan masing-masing pada petang tadi. Antara sekolah-sekolah yang mengambil bahagian selain SMKTK2 ialah SMK (P) St. George, SMK Teluk Bahang, SMK Georgetown dan SMK Haji Zainal Abidin. Pasukan tarian sekolah telah berjaya memperolehi pingat emas dari segi persembahan tapi gagal mewakili zon utara ke peringkat kebangsaan. Sokongan padu pelajar-pelajar SMKTK2 yang turut menyaksikan persembahan tersebut telah memberi kekuatan dan semangat peserta-peserta kita melakukan persembahan yang terbaik pada petang itu. Walau bagaimanapun sekalung tahniah patut diberikan kepada Guru Pembimbing, Cikgu Muzirah dan pelajar-pelajar yang telah mengharumkan nama SMKTK2 dalam acara itu. Penolong Kanan Pentadbiran, En. Mohammd Yunus Mohamad Yusof turut hadir memberi sokongan sejak dari awal hingga program itu berakhir kira-kira pada jam 5.00 petang.