"MESYUARAT AGUNG PIBG PADA 31 MAC 2012 (SABTU) JAM 8.00 PAGI. SEMUA WARIS PELAJAR DIJEMPUT HADIR"

Wednesday, November 2, 2011

Program Ekspresi Bakat Pelajar PKBP Tahun 2011

Pada 2 Nov. 2011 jam 9.30 pagi bertempat di Hotel Traders, Georgetown, Pulau Pinang, SMK Teluk Kumbar 2 telah menganjurkan Program Ekspresi Bakat Pelajar Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran tahun 2011. Penolong Pengarah Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang, En. Huzaimi Mohd Hashim telah hadir dan merasmikan program tersebut. Pelbagai acara telah diadakan antaranya persembahan pelajar seperti Nyanyian Koir, Tarian, Sketsa dan Pakaian Beragam. Disamping itu acara Cabutan Bertuah dan Penyampaian Hadiah, Sijil dan Cenderahati kepada tetamu dan pelajar turut memeriahkan suasana majlis tersebut. Ibu bapa pelajar juga turut memberi sokongan dengan menghadiri dengan anak masing-masing dalam program yang julung kali diadakan di sebuah hotel terkemuka di Pulau Pinang.  Pihak sekolah ingin merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada semua Guru Pendidikan Khas dan Pembantu Pengurusan Murid yang begitu komited mengadakan program tersebut yang boleh dianggap sangat berjaya. Begitu juga ucapan terima kasih kepada PIBG dan pelbagai pihak yang turut memberi sumbangan kewangan dan moral bagi memastikan program itu berjalan dengan lancar. Program itu tamat pada jam 12.30 tengah hari dengan acara bergambar beramai-ramai. [Sila klik pada gambar untuk saiz gambar yang lebih besar]