"MESYUARAT AGUNG PIBG PADA 31 MAC 2012 (SABTU) JAM 8.00 PAGI. SEMUA WARIS PELAJAR DIJEMPUT HADIR"

Friday, February 4, 2011

Majlis Perjumpaan YB ADUN Bayan Lepas: Pengetua SMKTK2 turut serta dengan nelayan di Teluk Kumbar

Pada 5 Februari 2011, Jumaat kira-kira jam 3.00 petang bertempat di halaman rumah seorang nelayan kecil pantai di Teluk Kumbar, suatu perjumpaan penduduk di situ dengan wakil rakyat kawasan telah diadakan yang turut disertai beberapa pemimpin kawasan termasuklah Pengerusi JKKKP Bukit Gemuroh, Ketua Pemuda Kg. Suluk/Penyelia Kemas Daerah Barat Daya serta Pengetua SMK Teluk Kumbar 2.
Dalam majlis ringkas itu, Pengetua SMK Teluk Kumbar 2 telah dijemput untuk memberi penerangan kepada golongan nelayan di situ tentang betapa pentingnya pelajaran secara formal untuk masa depan anak dan keluarga mereka. Dalam majlis itu juga pengetua mengambil kesempatan mengingatkan golongan nelayan agar mengambil perhatian yang serius terhadap disiplin anak-anak di rumah (semasa tidak bersekolah/cuti sekolah) agar usaha pihak sekolah untuk meningkatkan pencapaian anak-anak nelayan dalam bidang pelajaran akan berhasil. Pihak Kementerian Pelajaran sendiri telah menyediakan pelbagai jenis bantuan kepada golongan keluarga nelayan yang miskin seperti bantuan RMT, PSS dan KWAMP. Bagi anak-anak nelayan yang maju dalam bidang pelajaran, Kementerian Pelajaran telah menawarkan Biasiswa Kecil Persekutuan manakala kerajaan negeri menawarkan Biasiswa Kecil Negeri. Walau bagaimanapun pihak sekolah dan Pejabat Pelajaran Daerah telah pun mengurus dan menghantar Borang eKASIH untuk tujuan pendaftaran bagi pihak keluarga-keluarga miskin yang layak. Bantuan-bantuan yang akan disalurkan oleh kerajaan persekutuan hanya berdasarkan kepada data eKASIH. Majlis perjumpaan tersebut diakhiri dengan ucapan dan dialog bersama YB Syed Amerruddin, ADUN Bayan Lepas kira-kira jam 5.00 petang.