"MESYUARAT AGUNG PIBG PADA 31 MAC 2012 (SABTU) JAM 8.00 PAGI. SEMUA WARIS PELAJAR DIJEMPUT HADIR"

Saturday, February 12, 2011

HARI WARIS PRIHATIN PELAJAR PMR DAN SPM 2011



                                     
Pada 12 Febuari 2011, Sabtu,  telah berlangsung program Hari Waris Prihatin Pelajar PMR dan SPM 2011. Program ini telah berlangsung di Dewan Saujana SMK Teluk Kumbar II. Program ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada pihak waris dan para pelajar.  Pendaftaran waris dan para pelajar  bermula pada pukul 7.30pagi dan kemudian diikuti dengan ketibaan Encik  Abdul Razak bin Husain, YDP PIBG SMK Teluk Kumbar II. Majlis bermula pada pukul 8.30 pagi dan dimulakan dengan bacaan doa. Seterusnya para jemputan diperdengarkan dengan bacaan suci Al-quran oleh Muhammad Salman bin Bahari dari tingkatan 2C dan diikuti oleh ucapan daripada tuan pengetua dan YDP PIBG SMK Teluk Kumbar II. Kemudian majlis diteruskan dengan Ceramah Motivasi Jaya Waris Skor A Pelajar PMR dan SPM 2011 oleh penceramah jemputan , Ustaz Izab Hambali bin Hamzah. Majlis berakhir pada pukul 12.00 tengah hari. Objektif program ini adalah untuk memberi motivasi kepada waris dan pelajar untuk meningkatkan pencapaian dalam bidang akademik  dan kokurikulum. Matlamat yang hendak dicapai oleh pihak sekolah melalui program ini adalah untuk melahirkan para pelajar yang berakhlak tinggi dan berdaya saing serta meningkatkan keyakinan dalam diri pelajar. Disamping itu melalui program seumpama ini secara tidak langsung dapat merapatkan hubungan diantara pihak sekolah dan ibubapa pelajar. Pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua waris dan para pelajar yang hadir bagi menjayakan program Hari Waris Prihatin Pelajar PMR dan SPM 2011