"MESYUARAT AGUNG PIBG PADA 31 MAC 2012 (SABTU) JAM 8.00 PAGI. SEMUA WARIS PELAJAR DIJEMPUT HADIR"

Saturday, December 10, 2011

Penyerahan Borang Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) di SMKTK2

Kira-kira jam 7.30 pagi tadi, sudah ada ibu bapa menunggu di sekolah untuk memperolehi borang BR1M. Tiga pegawai LHDN telah mengedarkan dan menerima borang tersebut mulai 10 Disember 2011 hingga 10 Januari 2012.


Friday, November 18, 2011

Suasana Penyerahan Bantuan Khas RM100 di SMK Teluk Kumbar 2

Ibu bapa sedang menandatangan dokumen!

Suasana penyerahan bantuan dalam Dewan Saujana

Ibubapa/Waris sedang berbaris di Medan Ilmu

Berhati-hati bukan pelajar yang menandatangani dokumen?

Pada 17 November jam 2.30 petang, SMK Teluk Kumbar 2 menjadi tuan rumah Majlis Penyerahan Bantuan Khas RM100 untuk sekolah-sekolah kawasan DUN Bayan Lepas. YB Tuan Syed Amerruddin telah bersetuju memberi ucapan dan merasmikan majlis berkenaan. Turut hadir mewakili Pegawai Pelajaran Daerah Barat Daya ialah En. Md. Nadziar Mat Isa, Pegawai Jaminan Kualiti, Pejabat Daerah Barat Daya. YDP PIBG, En. Abd. Razak Hussain, Guru Besar SK Bayan Lepas 2, wakil-wakil Pengetua dan wakil-wakil Guru Besar juga turut hadir. Majlis berjalan dengan lancar. Namun ada beberapa kelemahan bagi sekolah-sekolah tertentu semasa pendaftaran. Perkara seumpama ini tidak sepatutnya berlaku pada masa akan datang. Selepas majlis tamat, semua ibubapa/waris ke kaunter sekolah masing-masing untuk menandatangani dokumen dan menerima bantuan khas RM100. Pihak tuan rumah turut menyediakan jamuan ringan kepada semua ibubapa/waris dan guru-guru bertugas selepas majlis itu tamat. Kebanyakan ibubapa/waris melahirkan rasa gembira kerana bantuan seperti ini dapat meringankan beban persekolahan anak-anak mereka terutama ibubapa yang mempunyai ramai anak yang bersekolah. Mereka berharap bantuan seumpama itu dapat diteruskan pada masa akan datang.

Thursday, November 10, 2011

Kursus Pengurusan Fail SMK Teluk Kumbar 2

Hari ini, Khamis 10 November 2011 jam 2.30 petang pihak pentadbir SMK Teluk Kumbar 2 telah mengadakan Kursus Pengurusan Fail kepada semua Penolong Kanan, Ketua Bidang dan Ketua Panitia. Mulai awal tahun 2012, SMK Teluk Kumbar 2 dijangka akan mengamalkan pengurusan fail yang sistematik dan efisyen. Semua pihak diminta memberi sokongan dan kerjasama supaya matlamat sekolah ingin mengadakan sistem fail yang mantap mulai tahun 2012 berhasil.
Cik Aida Hanum sedang beri taklimat
Sebahagian peserta kursus
PK dan Ketua Bidang sedang beri tumpuan

Thursday, November 3, 2011

Program Ceramah dan Bubur Asyura


Pandangan dalam Dewan Sekoah
Tn Hj. Shamizam sedang menyampaikan ceramah

Pelajar-pelajar mendengar ceramah dengan penuh minat

Bahan-bahan ramuan masakan dibasuh dulu!

Gotong Royong Memasak Dibantu oleh Wanita Kampung




Hari ini, Jumaat bersamaan 8 Muharram 1433 Hijrah, SMK Teluk Kumbar 2 melalui Panitia Pendidikan Islam  mengadakan gotong royong memasak bubur asyura dengan kerjasama Pertubuhan Wanita Qaryah Kg. Suluk. Sempena dengan sambutan Hari Raya Korban (Aidul Fitri), Panitia Pendidikan Islam turut mengadakan ceramah agama yang disampaikan oleh Tn Hj. Shamizam Bin Ibrahim, guru Pendidikan Islam dari SJKC Keong Hoe, Sungai Dua, Pulau Pinang. Semua pelajar dan guru yang tidak terlibat dengan gotong royong memasak bubur asyura dijemput hadir bersama dengan pelajar. Majlis ini akan berakhir dengan penyerahan bubur asyura kepada setiap pelajar dan guru serta kakitangan sekolah. Majlis dijangka tamat pada jam 12.15 tengah hari ini. Diucapkan terima kasih dan tahniah kepada Jawatankuasa Pengelola / Panitia Pendidikan Islam yang berjaya mengadakan program tersebut pada hari ini.

Wednesday, November 2, 2011

Program Ekspresi Bakat Pelajar PKBP Tahun 2011

Pada 2 Nov. 2011 jam 9.30 pagi bertempat di Hotel Traders, Georgetown, Pulau Pinang, SMK Teluk Kumbar 2 telah menganjurkan Program Ekspresi Bakat Pelajar Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran tahun 2011. Penolong Pengarah Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang, En. Huzaimi Mohd Hashim telah hadir dan merasmikan program tersebut. Pelbagai acara telah diadakan antaranya persembahan pelajar seperti Nyanyian Koir, Tarian, Sketsa dan Pakaian Beragam. Disamping itu acara Cabutan Bertuah dan Penyampaian Hadiah, Sijil dan Cenderahati kepada tetamu dan pelajar turut memeriahkan suasana majlis tersebut. Ibu bapa pelajar juga turut memberi sokongan dengan menghadiri dengan anak masing-masing dalam program yang julung kali diadakan di sebuah hotel terkemuka di Pulau Pinang.  Pihak sekolah ingin merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada semua Guru Pendidikan Khas dan Pembantu Pengurusan Murid yang begitu komited mengadakan program tersebut yang boleh dianggap sangat berjaya. Begitu juga ucapan terima kasih kepada PIBG dan pelbagai pihak yang turut memberi sumbangan kewangan dan moral bagi memastikan program itu berjalan dengan lancar. Program itu tamat pada jam 12.30 tengah hari dengan acara bergambar beramai-ramai. [Sila klik pada gambar untuk saiz gambar yang lebih besar]








Sunday, October 16, 2011

PEPERIKSAAN AWAM DAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2011

Peperiksaan PMR 
Tarikh: 4/10/2011 hingga 11/10/2011

Peperiksaan SPM
Tarikh: 14/11/2011 hingga 13/12/2011

Peperiksaan Akhir Tahun 2011
Tingkatan 1 dan Tingkatan 2
Tarikh: 20/10/2011 hingga 28/10/2011
Tingkatan 4
Tarikh: 17/10/2011 hingga 25/10/2011

Sunday, October 9, 2011

Kursus Motivasi Kepimpinan Pengawas 2011 SMK Teluk Kumbar 2

Unit Disiplin dan Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Teluk Kumbar 2 telah mengadakan Kursus Motivasi Kepimpinan Pengawas pada 7/10/2011 hingga 9/10/2011 di Pusat Sukan Latihan Air Teluk Kumbar, Unit Sukan, Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang.
Antara objektif kursus ialah:
i. Menanamkan sikap bertanggungjawab terhadap diri sendiri, sekolah, agama, bangsa dan negara semasa menjalankan tugas masing-masing di sekolah.
ii. Menanamkan sikap positif, meningkatkan keyakinan diri, bekerjasama, bertoleransi, beramanah, bersungguh-sungguh dalam pelajaran dan mempunyai wawasan yang baik. 
iii. Membantu pelajar meneroka potensi diri dan menggunakannya dengan berkesan dalam menentukan matlamat hidup dan semasa memainkan peranannya di sekolah.
Sejumlah 39 peserta telah menamatkan kursus di kem tersebut dan dijangka akan dilantik sebagai pengawas pada tahun 2012. Sebelum dilantik pelajar-pelajar tersebut akan melalui tempoh percubaan selama kira-kira satu setengah bulan dalam baki sesi persekolahan tahun 2011.