"MESYUARAT AGUNG PIBG PADA 31 MAC 2012 (SABTU) JAM 8.00 PAGI. SEMUA WARIS PELAJAR DIJEMPUT HADIR"

Tuesday, March 1, 2011

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SMKTK II KALI KE-7



Pada 26 Febuari  2011(Sabtu) SMK Teluk Kumbar II telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-7 bertempat di Dewan Saujana SMKTK II. Mesyuarat ini bertujuan untuk membuat pemilihan AJK PIBG baru bagi sesi 2011 dan menjawab segala usul yang akan diutarakan oleh pihak ibu bapa kepada pihak sekolah. Mesyuarat Agung PIBG telah dirasmikan oleh Tn. Hj. Nordin Ahmad, Pengerusi JKKKP Bukit Gemuruh, Teluk Kumbar. Mesyuarat dimulakan dengan ucapan daripada YDP PIBG dan Pengetua SMKTK II. Seterusnya mesyuarat diteruskan dengan pembubaran AJK PIBG sesi 2010/2011 dan kemudian melantik AJK PIBG untuk sesi 2011/2012. Mesyuarat diteruskan dengan pembentangan usul dari pihak  ibu bapa kepada pihak sekolah. Mesyuarat Agung PIBG SMKTK II berjalan lancar dan berakhir pada pukul 12.30 tengah hari.  Pihak SMKTK II mengucapkan tahniah kepada semua AJK PIBG sesi 2011/2012 yang telah dilantik.