"MESYUARAT AGUNG PIBG PADA 31 MAC 2012 (SABTU) JAM 8.00 PAGI. SEMUA WARIS PELAJAR DIJEMPUT HADIR"

Tuesday, May 3, 2011

MAJLIS PENYERAHAN KOMPUTER 1 MALAYSIA DI SMKTK II


Penyerahan komputer kepada para pelajar oleh YB. Tn. Syed Amerruddin
Pada 3 Mei 2011 ( Selasa), telah diadakan Majlis Penyerahan Komputer 1 Malaysia anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia(SKMM). Seramai 91 pelajar dari SMKTK II telah terpilih untuk menerima komputer peribadi. Pemilihan para pelajar berdasarkan beberapa kriteria iaitu cemerlang dalam akademik dan mempunyai rekod disiplin yang baik.
Disamping itu pendapatan isi rumah juga diambil kira iaitu di bawah
para guru dan pelajar membuat persiapan
sebelum majlis bermula
RM3000 sebulan. Objektif majlis ini adalah bertujuan untuk membantu para pelajar yang kurang berkemampuan  tetapi cemerlang dari segi akademik dan sahsiah memiliki komputer sendiri. Tetamu kehormat yang turut hadir ialah YB. Tn. Syed Amerruddin bin Dato' Hj. Syed Ahmad, ADUN Bayan Lepas dan En. Razak, YDP PIBG SMKTK II. Majlis turut dihadiri oleh wakil-wakil dari Celcom dan TM Net untuk urusanpendaftaran internet dan para ibu bapa pelajar yang menerima komputer. Majlis bermula pada pukul 11.30 pagi dan dimulai dengan ucapan dari YB. Tn. Syed Amerruddin bin Dato' Hj. Syed Ahmad. Sejurus selepas itu, beliau turut menyampaikan 10 buah komputer kepada 10 orang pelajar sebagai simbolik penyerahan komputer 1 Malaysia. Majlis diteruskan dengan penyampaian komputer oleh guru kepada para pelajar di kaunter-kaunter yang telah ditetapkan. Majlis berakhir pada pukul 1.00 petang. Diharap dengan pemberian komputer secara percuma kepada para pelajat dapat melahirkan para pelajar SMKTK II yang celik ICT dan dapat meningkatkan keyakinan dalam diri pelajar untuk melangkah jauh ke hadapan.


penyerahan komputer kepada para pelajar mengikut kaunter

Monday, May 2, 2011

Pertandingan DigiLive Sekolahku Bakatku Zon Utara di Kompleks Bukit Jambul

Persembahan SMKTK2
Guru juga berbakat!
Penonton terpukau!
 Pada 2 Mei 2011, kira-kira jam 2.00 petang, bertempat di Komples Bukit Jambul, pasukan tarian dari SMKTK2 telah membuat persembahan dalam acara DigiLive Sekolahku Bakatku anjuran bersama DIGI dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Sepuluh buah sekolah yang layak ke peringkat final zon utara telah membuat persembahan masing-masing pada petang tadi. Antara sekolah-sekolah yang mengambil bahagian selain SMKTK2 ialah SMK (P) St. George, SMK Teluk Bahang, SMK Georgetown dan SMK Haji Zainal Abidin. Pasukan tarian sekolah telah berjaya memperolehi pingat emas dari segi persembahan tapi gagal mewakili zon utara ke peringkat kebangsaan. Sokongan padu pelajar-pelajar SMKTK2 yang turut menyaksikan persembahan tersebut telah memberi kekuatan dan semangat peserta-peserta kita melakukan persembahan yang terbaik pada petang itu. Walau bagaimanapun sekalung tahniah patut diberikan kepada Guru Pembimbing, Cikgu Muzirah dan pelajar-pelajar yang telah mengharumkan nama SMKTK2 dalam acara itu. Penolong Kanan Pentadbiran, En. Mohammd Yunus Mohamad Yusof turut hadir memberi sokongan sejak dari awal hingga program itu berakhir kira-kira pada jam 5.00 petang.


Friday, April 29, 2011

Sukan Tara SMKTK II

Pada 29 April 2011(Jumaat), SMKTK II telah mengadakan Sukan tara peringkat rumah sukan. Antara acara yang berlangsung pada hari itu adalah larian 80M, lontar peluru, lompat tinggi dan lompat jauh. Sukan tara bermula agak lewat dari yang dijadualkan kerana keadaan cuaca yang hujan. Walau yang demikian, para pelajar tetap bersemangat untuk menyumbangkan mata untuk rumah sukan masing-masing. Sukan tara dimulakan dengan acara memanaskan badan yang diketuai oleh beberapa orang pelajar, kemudian para pelajar mula berkumpul mengikut rumah sukan masing-masing dan bersedia untuk dibawa ke tempat acara-acara yang akan berlangsung oleh guru rumah sukan masing-masing. Semua cara berjalan dengan lancar dan tiada kemalangan yang tidak diingini berlaku. Walau pun padang agak basah kerana hujan yang agak lebat namun para pelajar tetap bersemangat dalam setiap acara yang dipertandingkan. Sukan tara tamat pada pukul 12 tengah hari.

    

Sunday, April 24, 2011

LDP: Tanggungjawab sebagai pembayar cukai

Pada 14 April 2011, Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) Kali ke-3, telah diadakan di Bilik Mesyuarat Tan Sri Abdul Rafie Mahat bertajuk Tanggungjawab Sebagai Pembayar Cukai oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Pulau Pinang. LDP ini bermula pada jam 2.00 petang sehingga 5.00 petang. Ceramah ini disampaikan oleh Pn. Noor Anita Bt Noor Unit Pelanggan Cawangan LHDN Pulau Pinang dan En. Norhisyam Bin Mohd Khalid Ketua Unit Khidmat Pelanggan LHDN Pulau Pinang. Antara yang disentuh dalam ceramah tersebut ialah tanggungjawab pembayar cukai, e-daftar, e-filling serta pelepasan-pelepasan cukai keatas individu. 
Didalam ceramah itu juga ditekankan agar guru-guru yang belum mendaftar e-filling diminta untuk membuat pendaftaran cukai melalui e-daftar walaupun baru menjadi guru. Selain itu guru-guru boleh mendapatkan no pin e-filling melalui pihak LHDN dengan menberikan no. k/p kepada pegawai terbabit atau melalui email ke LHDN iaitu pin@hasil.gov.my. Segala maklumat cukai boleh didapati di laman web LHDN iaitu https://e.hasil.gov.my/.

Wednesday, April 6, 2011

PELANCARAN BULAN ANTI DADAH SMKTK II

                           

Pada 6 April 2011 (Rabu), Unit Bimbingan Dan Kaunseling SMK teluk Kumbar II telah mengadakan program pelancaran Bulan Anti Dadah peringkat  sekolah. Program ini bertujuan untuk memberi pengetahuan dan sekali gus memupuk kesedaran di kalangan pelajar tentang bahaya dadah. Majlis bermula pada pukul 8.00 pagi dan dimulakan dengan ucapan daripada En. Rusli Bin Hashim selaku pengetua SMK Teluk Kumbar II. Sejurus selepas ucapan pengetua, majlis diteruskan dengan ceramah mengenai jenis-jenis dadah dan kesannya. Ceramah disampaikan oleh En. Muzaffar Syah, pegawai daripada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Barat Daya. Program berakhir pada pukul 10.30 pagi dan diteruskan dengan pameran anti dadah. Semoga dengan program seumpama ini dapat memberi kesedaran mengenai bahaya dadah di kalangan pelajar SMKTK II.

Friday, March 4, 2011

KUNJUNGAN USTAZ ASHRAF KE SMKTK II

Pada 1 mac 2011(Selasa), warga SMK Teluk Kumbar II amat bertuah kerana dikunjungi oleh tetamu yang sangat istimewa iatu Ustaz Ashraf Mohd Ridzuan. Ustaz Asyraf atau nama penuh beliau Muhammad Asyraf bin Mohd Ridzuan adalah juara Imam Muda Musim pertama. Beliau yang pernah berkhidmat di SMK Teluk Kumbar II sebagai guru sandaran menyatakan beliau amat berbesar hati dapat kembali dan berjumpa dengan semua warga SKMTK II. Dalam kunjungan ini, beliau sempat memberi motivasi kepada semua pelajar SMKTK II. Beliau menasihati semua pelajar agar menghormati para guru dan mengamalkan syariat-syariat yang telah ditetapkan dalam islam terutama mengenai solat dan pergaulan di antara lelaki dan perempuan. Semoga apa yang di sampaikan oleh beliau memberi kesan yang mendalam kepada semua pelajar.  Warga SMKTK II mengucapkan terima kasih di atas kunjungan  Ustaz Asyraf . 









                               
                                         


Wednesday, March 2, 2011

CHORAL SPEAKING COMPETITION 2011 KELOMPOK M4

Hari ini, 3 Mac 2011 SMK Teluk Kumbar 2 menganjurkan Choral Speaking Competition bagi kelompok M4 yang berlangsung di Dewan Saujana SMKTK2. Sebanyak 10 buah pasukan yang telah mengambil bahagian, iaitu:
1. SMA Maahad Al-Mashoor al Islami
2. SMJK Sacred Heart
3. SMK Batu Maung
4. SMK Pondok Upeh
5. SMK Seri Balik Pulau
6. SMK Sungai Ara
7. SMK Teluk Bahang
8. SMK Teluk Kumbar
9. SMK Teluk Kumbar 2
10. MRSM Balik Pulau 
Pihak penganjur mengucapkan selamat datang, selamat mengambil bahagian dan selamat berjaya. Terima kasih kepada Jawatankuasa Penganjur, Pejabat Pelajaran Daerah Barat Daya, para hakim serta sekolah-sekolah yang mengambil bahagian.