Friday, April 29, 2011
Sukan Tara SMKTK II
Sunday, April 24, 2011
LDP: Tanggungjawab sebagai pembayar cukai
Didalam ceramah itu juga ditekankan agar guru-guru yang belum mendaftar e-filling diminta untuk membuat pendaftaran cukai melalui e-daftar walaupun baru menjadi guru. Selain itu guru-guru boleh mendapatkan no pin e-filling melalui pihak LHDN dengan menberikan no. k/p kepada pegawai terbabit atau melalui email ke LHDN iaitu pin@hasil.gov.my. Segala maklumat cukai boleh didapati di laman web LHDN iaitu https://e.hasil.gov.my/.
Wednesday, April 6, 2011
PELANCARAN BULAN ANTI DADAH SMKTK II
Pada 6 April 2011 (Rabu), Unit Bimbingan Dan Kaunseling SMK teluk Kumbar II telah mengadakan program pelancaran Bulan Anti Dadah peringkat sekolah. Program ini bertujuan untuk memberi pengetahuan dan sekali gus memupuk kesedaran di kalangan pelajar tentang bahaya dadah. Majlis bermula pada pukul 8.00 pagi dan dimulakan dengan ucapan daripada En. Rusli Bin Hashim selaku pengetua SMK Teluk Kumbar II. Sejurus selepas ucapan pengetua, majlis diteruskan dengan ceramah mengenai jenis-jenis dadah dan kesannya. Ceramah disampaikan oleh En. Muzaffar Syah, pegawai daripada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Barat Daya. Program berakhir pada pukul 10.30 pagi dan diteruskan dengan pameran anti dadah. Semoga dengan program seumpama ini dapat memberi kesedaran mengenai bahaya dadah di kalangan pelajar SMKTK II.
Subscribe to:
Posts (Atom)