Friday, February 25, 2011
MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SMKTK II
Pada 25 Febuari 2011 (Jumaat) Panitia Agama Islam SMKTK II telah menganjurkan Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah. Para guru, staf-staf sokongan dan para pelajar mula berkumpul di dataran wawasan pada pukul 7.30 pagi. Majlis Sambutan dimulakan dengan ucapan ringkas oleh Ketua Bidang Teknik dan Vokasional, Pn Zuraini selaku penyelaras program. Seterusnya para pelajar mula berarak mengelilingi sekolah sambil berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Perarakan berakhir di Dataran Ilmu dan para pelajar serta guru sekali lagi berkumpul untuk mendengar ceramah mengenai Nabi Muhammad S.A.W. Majlis berakhir pada pukul 10 pagi dan diakhiri dengan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W oleh para guru dan pelajar. Majlis sambutan berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama dari semua pihak.
Saturday, February 19, 2011
KEJOHANAN MERENTAS DESA SMKTK II
Pada 19 Febuari 2011, Sabtu , SMKTK II telah menganjurkan satu kejohanan merentas desa peringkat sekolah. Para pelajar berkumpul pada pukul 7.30 pagi dan para guru mula membahagikan nombor mengikut tingkatan masing-masing. Kemudian GPK kokurikulum memberi taklimat ringkas kepada para peserta. Kejohanan dirasmikan oleh Tuan Pengetua SMKTK Dua. Peserta perempuan dilepaskan terlebih dahulu dan diikuti oleh peserta lelaki dan peserta dari pendidikan khas. Secara keseluruhan kejohanan merentas desa telah berlangsung dengan jayanya dan mendapat kerjasama dari semua pihak. Para pelajar menunjukkan kesungguhan dan semangat kesukanan yang tinggi apabila semua pelajar dapat menamatkan larian sebelum masa yang telah ditetapkan. Tuan Pengetua mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pemenang.
Friday, February 18, 2011
Sistem Mentor-Mentee Di Sekolah
Sistem Mentor-Mentee dimulakan pada 18 Februari 2011 (Jumaat) dengan setiap guru SMK Teluk Kumbar 2 sebagai mentor kepada sekumpulan pelajar kira-kira 6 - 8 orang pelajar. Semua pelajar Tingkatan 3 dan Tingkatan 5 telah pun diagihkan mengikut kumpulan masing-masing dengan seorang mentor. Diharap setiap pelajar akan mengambil peluang dan menafaat melalui sistem mentor-mentee yang akan diadakan setiap dua minggu waktu persekolahan.
Wednesday, February 16, 2011
Kontinjen SMKTK2 semasa sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Barat Daya

Saturday, February 12, 2011
HARI WARIS PRIHATIN PELAJAR PMR DAN SPM 2011
Friday, February 4, 2011
Majlis Perjumpaan YB ADUN Bayan Lepas: Pengetua SMKTK2 turut serta dengan nelayan di Teluk Kumbar
Dalam majlis ringkas itu, Pengetua SMK Teluk Kumbar 2 telah dijemput untuk memberi penerangan kepada golongan nelayan di situ tentang betapa pentingnya pelajaran secara formal untuk masa depan anak dan keluarga mereka. Dalam majlis itu juga pengetua mengambil kesempatan mengingatkan golongan nelayan agar mengambil perhatian yang serius terhadap disiplin anak-anak di rumah (semasa tidak bersekolah/cuti sekolah) agar usaha pihak sekolah untuk meningkatkan pencapaian anak-anak nelayan dalam bidang pelajaran akan berhasil. Pihak Kementerian Pelajaran sendiri telah menyediakan pelbagai jenis bantuan kepada golongan keluarga nelayan yang miskin seperti bantuan RMT, PSS dan KWAMP. Bagi anak-anak nelayan yang maju dalam bidang pelajaran, Kementerian Pelajaran telah menawarkan Biasiswa Kecil Persekutuan manakala kerajaan negeri menawarkan Biasiswa Kecil Negeri. Walau bagaimanapun pihak sekolah dan Pejabat Pelajaran Daerah telah pun mengurus dan menghantar Borang eKASIH untuk tujuan pendaftaran bagi pihak keluarga-keluarga miskin yang layak. Bantuan-bantuan yang akan disalurkan oleh kerajaan persekutuan hanya berdasarkan kepada data eKASIH. Majlis perjumpaan tersebut diakhiri dengan ucapan dan dialog bersama YB Syed Amerruddin, ADUN Bayan Lepas kira-kira jam 5.00 petang.
Tuesday, February 1, 2011
Misi 3: Menggunakan masa dan sumber secara cekap dan berkesan
Penggunaan masa yang berkesan sangat penting kepada sesiapa sahaja sama ada individu mahupun sebuah organisasi. Kegagalan seseorang pelajar atau guru ataupun kakitangan sekolah mematuhi masa akan menyebabkan suasana sekolah secara umumnya tidak terkawal, pengajaran dan pembelajaran tidak berkesan serta berlaku pembaziran sumber dan sebagainya. Kes-kes datang lewat ke sekolah, ponteng kelas/sekolah, dan tindakan lambat/lewat dapat ditangani jika masing-masing sedar betapa pentingnya masa dalam kehidupan baik sebagai seorang pelajar, guru mahupun kakitangan sekolah ini.
Sumber merupakan faktor yang terhad seperti tenaga guru, kakitangan sekolah, bahan pengajaran, kewangan dan sebagainya. Pengurusan sekolah yang cekap akan menggunakan sumber secara optimum dan berkesan bagi mencapai misi dan visi sekolah. Namun itu amalan kerja berpasukan turut memainkan peranan yang penting memastikan pengurusan sekolah mampu melakukan sesuatu perubahan ke arah yang lebih baik.
Sumber merupakan faktor yang terhad seperti tenaga guru, kakitangan sekolah, bahan pengajaran, kewangan dan sebagainya. Pengurusan sekolah yang cekap akan menggunakan sumber secara optimum dan berkesan bagi mencapai misi dan visi sekolah. Namun itu amalan kerja berpasukan turut memainkan peranan yang penting memastikan pengurusan sekolah mampu melakukan sesuatu perubahan ke arah yang lebih baik.
Subscribe to:
Posts (Atom)