Kira-kira jam 7.30 pagi tadi, sudah ada ibu bapa menunggu di sekolah untuk memperolehi borang BR1M. Tiga pegawai LHDN telah mengedarkan dan menerima borang tersebut mulai 10 Disember 2011 hingga 10 Januari 2012.
Saturday, December 10, 2011
Penyerahan Borang Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) di SMKTK2
Friday, November 18, 2011
Suasana Penyerahan Bantuan Khas RM100 di SMK Teluk Kumbar 2
![]() |
Ibu bapa sedang menandatangan dokumen! |
![]() | |
Suasana penyerahan bantuan dalam Dewan Saujana |
![]() | |
Ibubapa/Waris sedang berbaris di Medan Ilmu |
Thursday, November 10, 2011
Kursus Pengurusan Fail SMK Teluk Kumbar 2
Hari ini, Khamis 10 November 2011 jam 2.30 petang pihak pentadbir SMK Teluk Kumbar 2 telah mengadakan Kursus Pengurusan Fail kepada semua Penolong Kanan, Ketua Bidang dan Ketua Panitia. Mulai awal tahun 2012, SMK Teluk Kumbar 2 dijangka akan mengamalkan pengurusan fail yang sistematik dan efisyen. Semua pihak diminta memberi sokongan dan kerjasama supaya matlamat sekolah ingin mengadakan sistem fail yang mantap mulai tahun 2012 berhasil.
![]() |
Cik Aida Hanum sedang beri taklimat |
![]() |
Sebahagian peserta kursus |
![]() |
PK dan Ketua Bidang sedang beri tumpuan |
Thursday, November 3, 2011
Program Ceramah dan Bubur Asyura
![]() | |
Pandangan dalam Dewan Sekoah |
![]() | |
Tn Hj. Shamizam sedang menyampaikan ceramah |
![]() |
Pelajar-pelajar mendengar ceramah dengan penuh minat |
![]() | |
Bahan-bahan ramuan masakan dibasuh dulu! |
![]() | ||||
Gotong Royong Memasak Dibantu oleh Wanita Kampung
|
Hari ini, Jumaat bersamaan 8 Muharram 1433 Hijrah, SMK Teluk Kumbar 2 melalui Panitia Pendidikan Islam mengadakan gotong royong memasak bubur asyura dengan kerjasama Pertubuhan Wanita Qaryah Kg. Suluk. Sempena dengan sambutan Hari Raya Korban (Aidul Fitri), Panitia Pendidikan Islam turut mengadakan ceramah agama yang disampaikan oleh Tn Hj. Shamizam Bin Ibrahim, guru Pendidikan Islam dari SJKC Keong Hoe, Sungai Dua, Pulau Pinang. Semua pelajar dan guru yang tidak terlibat dengan gotong royong memasak bubur asyura dijemput hadir bersama dengan pelajar. Majlis ini akan berakhir dengan penyerahan bubur asyura kepada setiap pelajar dan guru serta kakitangan sekolah. Majlis dijangka tamat pada jam 12.15 tengah hari ini. Diucapkan terima kasih dan tahniah kepada Jawatankuasa Pengelola / Panitia Pendidikan Islam yang berjaya mengadakan program tersebut pada hari ini.
Wednesday, November 2, 2011
Program Ekspresi Bakat Pelajar PKBP Tahun 2011
Pada 2 Nov. 2011 jam 9.30 pagi bertempat di Hotel Traders, Georgetown, Pulau Pinang, SMK Teluk Kumbar 2 telah menganjurkan Program Ekspresi Bakat Pelajar Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran tahun 2011. Penolong Pengarah Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang, En. Huzaimi Mohd Hashim telah hadir dan merasmikan program tersebut. Pelbagai acara telah diadakan antaranya persembahan pelajar seperti Nyanyian Koir, Tarian, Sketsa dan Pakaian Beragam. Disamping itu acara Cabutan Bertuah dan Penyampaian Hadiah, Sijil dan Cenderahati kepada tetamu dan pelajar turut memeriahkan suasana majlis tersebut. Ibu bapa pelajar juga turut memberi sokongan dengan menghadiri dengan anak masing-masing dalam program yang julung kali diadakan di sebuah hotel terkemuka di Pulau Pinang. Pihak sekolah ingin merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada semua Guru Pendidikan Khas dan Pembantu Pengurusan Murid yang begitu komited mengadakan program tersebut yang boleh dianggap sangat berjaya. Begitu juga ucapan terima kasih kepada PIBG dan pelbagai pihak yang turut memberi sumbangan kewangan dan moral bagi memastikan program itu berjalan dengan lancar. Program itu tamat pada jam 12.30 tengah hari dengan acara bergambar beramai-ramai. [Sila klik pada gambar untuk saiz gambar yang lebih besar]
Sunday, October 16, 2011
PEPERIKSAAN AWAM DAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2011
Peperiksaan PMR
Tarikh: 4/10/2011 hingga 11/10/2011
Peperiksaan SPM
Tarikh: 14/11/2011 hingga 13/12/2011
Peperiksaan Akhir Tahun 2011
Tingkatan 1 dan Tingkatan 2
Tarikh: 20/10/2011 hingga 28/10/2011
Tingkatan 4Peperiksaan SPM
Tarikh: 14/11/2011 hingga 13/12/2011
Peperiksaan Akhir Tahun 2011
Tingkatan 1 dan Tingkatan 2
Tarikh: 20/10/2011 hingga 28/10/2011
Tarikh: 17/10/2011 hingga 25/10/2011
Sunday, October 9, 2011
Kursus Motivasi Kepimpinan Pengawas 2011 SMK Teluk Kumbar 2
Unit Disiplin dan Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Teluk Kumbar 2 telah mengadakan Kursus Motivasi Kepimpinan Pengawas pada 7/10/2011 hingga 9/10/2011 di Pusat Sukan Latihan Air Teluk Kumbar, Unit Sukan, Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang.
Antara objektif kursus ialah:
i. Menanamkan sikap bertanggungjawab terhadap diri sendiri, sekolah, agama, bangsa dan negara semasa menjalankan tugas masing-masing di sekolah.
ii. Menanamkan sikap positif, meningkatkan keyakinan diri, bekerjasama, bertoleransi, beramanah, bersungguh-sungguh dalam pelajaran dan mempunyai wawasan yang baik.
iii. Membantu pelajar meneroka potensi diri dan menggunakannya dengan berkesan dalam menentukan matlamat hidup dan semasa memainkan peranannya di sekolah.
Sejumlah 39 peserta telah menamatkan kursus di kem tersebut dan dijangka akan dilantik sebagai pengawas pada tahun 2012. Sebelum dilantik pelajar-pelajar tersebut akan melalui tempoh percubaan selama kira-kira satu setengah bulan dalam baki sesi persekolahan tahun 2011.
Wednesday, September 14, 2011
ANUGERAH KANTIN SEKOLAH MENENGAH DAN DEWAN MAKAN SEKOLAH MENENGAH BERASRAMA BERSIH 2011
SMK Teluk Kumbar 2 (SMKTK 2) telah dicalonkan mewakili PPD Barat Daya untuk Anugerah Kantin Sekolah Menengah dan Dewan Makan Sekolah Menengah Berasrama Bersih 2011 untuk pertandingan kantin tercantik peringkat Negeri Pulau Pinang. Satu penghargaan buat SMKTK 2 kerana terpilih untuk mewakili PPD Barat Daya dan semoga berjaya terpilih untuk ke peringkat seterusnya.
MAKANAN BERKHASIAT
Kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga namun ramai yang tidak menyedarinya sehingga ditimpa sesuatu penyakit yang tenat. Ramai juga yang tidak menyedari akan peranan pengambilan makanan yang berkhasiat untuk memastikan kesihatan yang baik.
Punca utama serangan penyakit-penyakit tenat seperti kanser dan penyakit jantung ialah kerana tidak memakan makanan yang sempurna dan kurang memakan makanan yang berkhasiat. Corak pengambilan makanan yang teratur sepatutnya dimulakan sejak awal lagi. Pepatah ada mengatakan, "Diri Anda Ialah Apa Yang Anda Makan" dan kenyataan ini benar dalam soal kesihatan. Corak pemakanan menentukan keadaan kesihatan kita kerana diet yang tidak teratur memburukkan kesihatan. Seorang pelajar, pengambilan makanan yang berkhasiat adalah sangat penting dalam membantu proses tumbesaran dan pembelajaran anda di sekolah. Para pelajar sangat digalakkan untuk mengambil makanan seimbang di rumah mahupun di sekolah.
KERACUNAN MAKANAN
• APA ITU KERACUNAN MAKANAN ?????
• Keracunan makanan merupakan keadaan yang mana seseorang itu mengalami:
* Loya dan muntah
* Memulas dan sakit perut.
* Cirit-birit.
* Kadangkala demam dan kesejukan
* Memulas dan sakit perut.
* Cirit-birit.
* Kadangkala demam dan kesejukan
TANDA-TANDA GEJALA KERACUNAN MAKANAN
• Tanda-tanda akan timbul beberapa jam selepas makan makanan yang tercemar (beracun) atau beberapa hari kemudiannya. Gejala berbeza bergantung kepada:
* Ketahanan seseorang
* Jenis keracunan
* Jumlah racun yang termakan
* umur seseorang
* Jenis keracunan
* Jumlah racun yang termakan
* umur seseorang
PUNCA-PUNCA KERACUNAN
· Mengandungi toksin atau racun semulajadi seperti setengan jenis kulat, cendawan, makanan laut ("shell-fish") dan sebagainya.
- Tercemar oleh lalat, habuk dan sebagainya
CARA JANGKITAN
· Pengguna kotor
·
Memegang makanan dengan tangan kotor
· LANGKAH MENGATASI KERACUNAN MAKANAN
• Makan makanan yang bersih
• Cuci tangan sehinggabersih sebelum memegang atau menjamah makanan
· CARA MENCUCI TANGAN
- Guna sabun
- Guna sabun
Saturday, July 2, 2011
LARIAN 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA
Pada 2 Julai, Sabtu, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menganjurkan Larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia. Program ini dijalankan serentak seluruh Malaysia dan melibatkan semua pelajar sekolah di bawah KPM. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melaksanakan Dasar 1M 1S (1 Murid 1 Sukan) agar setiap murid menikmati manfaat bersukan dengan harapan dapat membentuk generasi yang membudayakan sukan seiring dengan keperluan akademik. SMK Teluk Kumbar II telah bergabung dengan SK Seri Bayu dan SK Telok Kumbar tidak ketinggalan untuk sama-sama menjayakan larian ini. Para pelajar mula berkumpul di Dewan Perda Teluk Kumbar seawal jam 6.30 pagi untuk proses pendaftaran. Para ibu bapa turut hadir untuk memberi sokongan kepada para pelajar. Para pelajar ketiga-tiga buah sekolah bersemangat untuk menyertai larian ini. Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan dari Tn. Hj. Nordin bin Ahmad ( Pengerusi JKKK(P) Bukit Gemuruh) dan diikuti dengan acara memanaskan badan sebelum memulakan larian. Pada pukul 8.00 pagi larian dimulakan secara berperingkat mengikut sekolah dan jantina. Semua pelajar memulakan larian di Dewan Perda Teluk Kumbar dan menamatkan larian di sekolah masing-masing. Larian ini berjalan dengan lancar hasil kerjasama para guru, staf-staf sokongan dan para pelajar semua sekolah yang terlibat. Tahniah kepada para pemenang dan semua pelajar yang turut menjayakan larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia atas semangat kesukanan yang ditunjukkan. Semoga program seumpama ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang.
Subscribe to:
Posts (Atom)