Pendaftaran murid-murid tingkatan 1
Friday, December 31, 2010
MAJLIS PERJUMPAAN DENGAN WARIS TINGKATAN 1 2011
Monday, December 27, 2010
KEPUTUSAN RAYUAN PERTUKARAN TINGKATAN 1 TAHUN 2011
Keputusan rayuan pertukaran Tingkatan 1 telah pun diketahui oleh waris pelajar. Pelajar Tingkatan 1 yang tidak berjaya dalam pertukaran itu perlu mendaftarkan diri di sekolah menengah asal yang mana mereka ditempatkan. Untuk waris dan pelajar Tingkatan 1 SMK Teluk Kumbar II yang gagal dalam rayuan itu diminta untuk hadir Hari Perjumpaan dengan Waris dan Pelajar Tingkatan 1 di SMK Teluk Kumbar II pada 31 Disember 2010 (Jumaat) jam 7.30 pagi. Sila siapkan dokumen-dokumen dan bayaran persekolahan yang boleh dibayar pada hari tersebut, Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan HEM dan Penolong Kanan Kokurikulum akan memberi taklimat dalam bidang masing-masing kepada semua ibubapa dan pelajar yang hadir pada hari itu. Yang DiPertua PIBG turut menyampaikan ucapan beliau dalam majlis tersebut. Ucapan Penutup majlis itu akan disempurnakan oleh Pengetua SMK Teluk Kumbar II. Kehadiran Ibubapa/waris dan pelajar Tingkatan 1 di majlis itu amat mustahak suoaya mereka dapat memahami tentang pelbagai aspek kehidupan seorang pelajar di sekolah serta ibubapa/waris sendiri dapat memainkan peranan mereka selari dengan visi dan misi sekolah ini.
Thursday, December 23, 2010
Pencapaian bertambah baik PMR tahun 2010
Secara umumnya pencapaian PMR tahun 2010 SMK Teluk Kumbar II bertambah baik berbanding dengan PMR 2009. Tahniah kepada pelajar-pelajar PMR pada tahun 2010 yang telah memperbaiki pencapaian sekolah dalam PMR pada tahun ini. Terima kasih kepada semua guru sekolah ini yang tidak jemu-jemu memberi tunjuk-ajar dengan sabar dan penuh dedikasi. Ibubapa yang mengambil berat terhadap pelajaran anak-anak mereka turut menyumbangkan kepada pencapaian PMR pada tahun ini. Berikut adalah 10 pelajar terbaik di SMK Teluk Kumbar II.
10 PELAJAR TERBAIK :
1) ZARIF ZAHIRAH BINTI MOHD ELIAS ( 8A, 1C )
2) NUR AISYAH BINTI ROSLAN ( 8A )
3) MUHAMMAD SABRI BIN AZNI ( 7A, 1B )
2) NUR AISYAH BINTI ROSLAN ( 8A )
3) MUHAMMAD SABRI BIN AZNI ( 7A, 1B )
4) SHAKIRA ADILLA BINTI SHUAIB ( 7A, 1B )
5) SITI NOORHAZIRAH BINTI ISMAIL ( 7A, 1B )
6) SITI FATIMAH BINTI ZAINOL ( 6A, 2B )
6) SITI FATIMAH BINTI ZAINOL ( 6A, 2B )
7) FARIHIN NABIHAH BINTI IBRAHIM ( 6A, 2B )
8) MIMI FARHANA BINTI HADITH ( 5A, 2B, 1C )
9) NURNADIA BINTI YAHAYA ( 5A, 1B, 2C
10) MOHD FAIZ HAFIZI ABU BAKAR ( 4A, 3B, 1C )
Tuesday, December 14, 2010
HARI PENGESAHAN DAN RAYUAN PELAJAR TING. 1 TAHUN 2011
![]() |
Kes rayuan tukar sekolah |
![]() |
Ibu Bapa pelajar membuat pengesahan |
Pihak sekolah telah mengadakan beberapa kaunter untuk memudahkan pihak waris dan pelajar membuat pengesahan serta rayuan ke sekolah pilihan ibu bapa/pelajar. Tiada sebarang bayaran persekolahan dan lain-lain dipungut oleh pihak sekolah pada hari itu. Pelajar-pelajar yang mengesahkan diri untuk belajar di SMK Teluk Kumbar II telah diberikan fail yang mengandungi pelbagai maklumat dan borang yang memerlukan tindakan oleh waris/pelajar. Keputusan rayuan akan diketahui pada 27 Disember 2010.
Sebarang pertanyaan, ibubapa/waris boleh datang sendiri ke pejabat sekolah atau hubungi pihak sekolah melalui talian 04-6495144/5154.
Sebarang pertanyaan, ibubapa/waris boleh datang sendiri ke pejabat sekolah atau hubungi pihak sekolah melalui talian 04-6495144/5154.
Monday, December 6, 2010
AMANAT SULUNG PENGETUA SMK TELUK KUMBAR II
Salam sejahtera dan salam 1Malaysia.
Pada kesempatan ini, saya melafazkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT dan mengucapkan terima kasih kepada JPN kerana memberikan kepercayaan dan keyakinan kepada saya untuk menerajui kepimpinan SMK Teluk Kumbar II. Oleh itu saya berjanji akan melakukan yang terbaik mudah-mudahan semua warga sekolah; guru dan kakitangan sekolah dan termasuklah ibu bapa serta anggota masyarakat sekitar akan turut merasa bangga menjadi sebahagian komuniti sekolah ini.
Sekian, terima kasih.
Pada kesempatan ini, saya melafazkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT dan mengucapkan terima kasih kepada JPN kerana memberikan kepercayaan dan keyakinan kepada saya untuk menerajui kepimpinan SMK Teluk Kumbar II. Oleh itu saya berjanji akan melakukan yang terbaik mudah-mudahan semua warga sekolah; guru dan kakitangan sekolah dan termasuklah ibu bapa serta anggota masyarakat sekitar akan turut merasa bangga menjadi sebahagian komuniti sekolah ini.
Sekian, terima kasih.
Rusli Hashim
Pengetua SMK Teluk Kumbar II
Subscribe to:
Posts (Atom)