"MESYUARAT AGUNG PIBG PADA 31 MAC 2012 (SABTU) JAM 8.00 PAGI. SEMUA WARIS PELAJAR DIJEMPUT HADIR"

Saturday, July 2, 2011

LARIAN 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA



Pada 2 Julai, Sabtu, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menganjurkan Larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia. Program ini dijalankan serentak seluruh Malaysia dan melibatkan semua pelajar sekolah di bawah KPM. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melaksanakan Dasar 1M 1S (1 Murid 1 Sukan) agar setiap murid menikmati manfaat bersukan dengan harapan dapat membentuk generasi yang membudayakan sukan seiring dengan keperluan akademik.  SMK Teluk Kumbar II telah bergabung dengan SK Seri Bayu dan SK Telok Kumbar tidak ketinggalan untuk sama-sama menjayakan larian ini. Para pelajar mula berkumpul di Dewan Perda Teluk Kumbar seawal jam 6.30 pagi untuk proses pendaftaran. Para ibu bapa turut hadir untuk memberi sokongan kepada para pelajar. Para pelajar ketiga-tiga buah sekolah bersemangat untuk menyertai larian ini. Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan dari Tn. Hj. Nordin bin Ahmad ( Pengerusi JKKK(P) Bukit Gemuruh) dan diikuti dengan acara memanaskan badan sebelum memulakan larian. Pada pukul 8.00 pagi larian dimulakan secara berperingkat mengikut sekolah dan jantina. Semua pelajar memulakan larian di Dewan Perda Teluk Kumbar dan menamatkan larian di sekolah masing-masing. Larian ini berjalan dengan lancar hasil kerjasama para guru, staf-staf sokongan dan para pelajar semua sekolah yang terlibat.  Tahniah kepada para pemenang dan semua pelajar yang turut menjayakan larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia atas semangat kesukanan yang ditunjukkan. Semoga program seumpama ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang.