"MESYUARAT AGUNG PIBG PADA 31 MAC 2012 (SABTU) JAM 8.00 PAGI. SEMUA WARIS PELAJAR DIJEMPUT HADIR"

Friday, April 29, 2011

Sukan Tara SMKTK II

Pada 29 April 2011(Jumaat), SMKTK II telah mengadakan Sukan tara peringkat rumah sukan. Antara acara yang berlangsung pada hari itu adalah larian 80M, lontar peluru, lompat tinggi dan lompat jauh. Sukan tara bermula agak lewat dari yang dijadualkan kerana keadaan cuaca yang hujan. Walau yang demikian, para pelajar tetap bersemangat untuk menyumbangkan mata untuk rumah sukan masing-masing. Sukan tara dimulakan dengan acara memanaskan badan yang diketuai oleh beberapa orang pelajar, kemudian para pelajar mula berkumpul mengikut rumah sukan masing-masing dan bersedia untuk dibawa ke tempat acara-acara yang akan berlangsung oleh guru rumah sukan masing-masing. Semua cara berjalan dengan lancar dan tiada kemalangan yang tidak diingini berlaku. Walau pun padang agak basah kerana hujan yang agak lebat namun para pelajar tetap bersemangat dalam setiap acara yang dipertandingkan. Sukan tara tamat pada pukul 12 tengah hari.

    

Sunday, April 24, 2011

LDP: Tanggungjawab sebagai pembayar cukai

Pada 14 April 2011, Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) Kali ke-3, telah diadakan di Bilik Mesyuarat Tan Sri Abdul Rafie Mahat bertajuk Tanggungjawab Sebagai Pembayar Cukai oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Pulau Pinang. LDP ini bermula pada jam 2.00 petang sehingga 5.00 petang. Ceramah ini disampaikan oleh Pn. Noor Anita Bt Noor Unit Pelanggan Cawangan LHDN Pulau Pinang dan En. Norhisyam Bin Mohd Khalid Ketua Unit Khidmat Pelanggan LHDN Pulau Pinang. Antara yang disentuh dalam ceramah tersebut ialah tanggungjawab pembayar cukai, e-daftar, e-filling serta pelepasan-pelepasan cukai keatas individu. 
Didalam ceramah itu juga ditekankan agar guru-guru yang belum mendaftar e-filling diminta untuk membuat pendaftaran cukai melalui e-daftar walaupun baru menjadi guru. Selain itu guru-guru boleh mendapatkan no pin e-filling melalui pihak LHDN dengan menberikan no. k/p kepada pegawai terbabit atau melalui email ke LHDN iaitu pin@hasil.gov.my. Segala maklumat cukai boleh didapati di laman web LHDN iaitu https://e.hasil.gov.my/.

Wednesday, April 6, 2011

PELANCARAN BULAN ANTI DADAH SMKTK II

                           

Pada 6 April 2011 (Rabu), Unit Bimbingan Dan Kaunseling SMK teluk Kumbar II telah mengadakan program pelancaran Bulan Anti Dadah peringkat  sekolah. Program ini bertujuan untuk memberi pengetahuan dan sekali gus memupuk kesedaran di kalangan pelajar tentang bahaya dadah. Majlis bermula pada pukul 8.00 pagi dan dimulakan dengan ucapan daripada En. Rusli Bin Hashim selaku pengetua SMK Teluk Kumbar II. Sejurus selepas ucapan pengetua, majlis diteruskan dengan ceramah mengenai jenis-jenis dadah dan kesannya. Ceramah disampaikan oleh En. Muzaffar Syah, pegawai daripada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Barat Daya. Program berakhir pada pukul 10.30 pagi dan diteruskan dengan pameran anti dadah. Semoga dengan program seumpama ini dapat memberi kesedaran mengenai bahaya dadah di kalangan pelajar SMKTK II.