"MESYUARAT AGUNG PIBG PADA 31 MAC 2012 (SABTU) JAM 8.00 PAGI. SEMUA WARIS PELAJAR DIJEMPUT HADIR"

Saturday, February 19, 2011

KEJOHANAN MERENTAS DESA SMKTK II

Pada 19 Febuari 2011, Sabtu , SMKTK II telah menganjurkan satu kejohanan merentas desa peringkat sekolah. Para pelajar berkumpul pada pukul 7.30 pagi dan para guru mula membahagikan nombor mengikut tingkatan masing-masing. Kemudian GPK kokurikulum memberi taklimat ringkas kepada para peserta. Kejohanan dirasmikan oleh Tuan Pengetua SMKTK Dua. Peserta perempuan dilepaskan terlebih dahulu dan diikuti oleh peserta lelaki dan peserta dari pendidikan khas. Secara keseluruhan kejohanan merentas desa telah berlangsung dengan jayanya dan mendapat kerjasama dari semua pihak. Para pelajar menunjukkan kesungguhan   dan semangat kesukanan yang tinggi apabila semua pelajar dapat menamatkan larian sebelum masa yang telah ditetapkan. Tuan Pengetua mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pemenang.



Friday, February 18, 2011

Sistem Mentor-Mentee Di Sekolah

Sistem Mentor-Mentee dimulakan pada 18 Februari 2011 (Jumaat) dengan setiap guru SMK Teluk Kumbar 2 sebagai mentor kepada sekumpulan pelajar kira-kira 6 - 8 orang pelajar. Semua pelajar Tingkatan 3 dan Tingkatan 5 telah pun diagihkan mengikut kumpulan masing-masing dengan seorang mentor. Diharap setiap pelajar akan mengambil peluang dan menafaat melalui sistem mentor-mentee yang akan diadakan setiap dua minggu waktu persekolahan.


Wednesday, February 16, 2011

Kontinjen SMKTK2 semasa sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Barat Daya


Pada 16 Februari 2011, Selasa kontinjen SMK Teluk Kumbar yang diwakili oleh 30 pelajar Tingkatan 2 menyertai Perarakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Barat Daya. Perarakan bermula pada jam kira-kira 8.00 pagi dari SMA Maahad Al-Mashoor Al-Islami hingga ke Masjid Daerah Barat Daya. Cikgu Abd. Raof telah bersama-sama dengan peserta kontinjen dari awal hingga akhir.  

Saturday, February 12, 2011

HARI WARIS PRIHATIN PELAJAR PMR DAN SPM 2011



                                     
Pada 12 Febuari 2011, Sabtu,  telah berlangsung program Hari Waris Prihatin Pelajar PMR dan SPM 2011. Program ini telah berlangsung di Dewan Saujana SMK Teluk Kumbar II. Program ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada pihak waris dan para pelajar.  Pendaftaran waris dan para pelajar  bermula pada pukul 7.30pagi dan kemudian diikuti dengan ketibaan Encik  Abdul Razak bin Husain, YDP PIBG SMK Teluk Kumbar II. Majlis bermula pada pukul 8.30 pagi dan dimulakan dengan bacaan doa. Seterusnya para jemputan diperdengarkan dengan bacaan suci Al-quran oleh Muhammad Salman bin Bahari dari tingkatan 2C dan diikuti oleh ucapan daripada tuan pengetua dan YDP PIBG SMK Teluk Kumbar II. Kemudian majlis diteruskan dengan Ceramah Motivasi Jaya Waris Skor A Pelajar PMR dan SPM 2011 oleh penceramah jemputan , Ustaz Izab Hambali bin Hamzah. Majlis berakhir pada pukul 12.00 tengah hari. Objektif program ini adalah untuk memberi motivasi kepada waris dan pelajar untuk meningkatkan pencapaian dalam bidang akademik  dan kokurikulum. Matlamat yang hendak dicapai oleh pihak sekolah melalui program ini adalah untuk melahirkan para pelajar yang berakhlak tinggi dan berdaya saing serta meningkatkan keyakinan dalam diri pelajar. Disamping itu melalui program seumpama ini secara tidak langsung dapat merapatkan hubungan diantara pihak sekolah dan ibubapa pelajar. Pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua waris dan para pelajar yang hadir bagi menjayakan program Hari Waris Prihatin Pelajar PMR dan SPM 2011
                                  


                                                                                                                                                              

Friday, February 4, 2011

Majlis Perjumpaan YB ADUN Bayan Lepas: Pengetua SMKTK2 turut serta dengan nelayan di Teluk Kumbar

Pada 5 Februari 2011, Jumaat kira-kira jam 3.00 petang bertempat di halaman rumah seorang nelayan kecil pantai di Teluk Kumbar, suatu perjumpaan penduduk di situ dengan wakil rakyat kawasan telah diadakan yang turut disertai beberapa pemimpin kawasan termasuklah Pengerusi JKKKP Bukit Gemuroh, Ketua Pemuda Kg. Suluk/Penyelia Kemas Daerah Barat Daya serta Pengetua SMK Teluk Kumbar 2.
Dalam majlis ringkas itu, Pengetua SMK Teluk Kumbar 2 telah dijemput untuk memberi penerangan kepada golongan nelayan di situ tentang betapa pentingnya pelajaran secara formal untuk masa depan anak dan keluarga mereka. Dalam majlis itu juga pengetua mengambil kesempatan mengingatkan golongan nelayan agar mengambil perhatian yang serius terhadap disiplin anak-anak di rumah (semasa tidak bersekolah/cuti sekolah) agar usaha pihak sekolah untuk meningkatkan pencapaian anak-anak nelayan dalam bidang pelajaran akan berhasil. Pihak Kementerian Pelajaran sendiri telah menyediakan pelbagai jenis bantuan kepada golongan keluarga nelayan yang miskin seperti bantuan RMT, PSS dan KWAMP. Bagi anak-anak nelayan yang maju dalam bidang pelajaran, Kementerian Pelajaran telah menawarkan Biasiswa Kecil Persekutuan manakala kerajaan negeri menawarkan Biasiswa Kecil Negeri. Walau bagaimanapun pihak sekolah dan Pejabat Pelajaran Daerah telah pun mengurus dan menghantar Borang eKASIH untuk tujuan pendaftaran bagi pihak keluarga-keluarga miskin yang layak. Bantuan-bantuan yang akan disalurkan oleh kerajaan persekutuan hanya berdasarkan kepada data eKASIH. Majlis perjumpaan tersebut diakhiri dengan ucapan dan dialog bersama YB Syed Amerruddin, ADUN Bayan Lepas kira-kira jam 5.00 petang.

Tuesday, February 1, 2011

Misi 3: Menggunakan masa dan sumber secara cekap dan berkesan

Penggunaan masa yang berkesan sangat penting kepada sesiapa sahaja sama ada individu mahupun sebuah organisasi. Kegagalan seseorang pelajar atau guru ataupun kakitangan sekolah mematuhi masa akan menyebabkan suasana sekolah secara umumnya tidak terkawal, pengajaran dan pembelajaran tidak berkesan serta berlaku pembaziran sumber dan sebagainya. Kes-kes datang lewat ke sekolah, ponteng kelas/sekolah, dan tindakan lambat/lewat dapat ditangani jika masing-masing sedar betapa pentingnya masa dalam kehidupan baik sebagai seorang pelajar, guru mahupun kakitangan sekolah ini.
Sumber merupakan faktor yang terhad seperti tenaga guru, kakitangan sekolah, bahan pengajaran, kewangan dan sebagainya. Pengurusan sekolah yang cekap akan menggunakan sumber secara optimum dan berkesan bagi mencapai misi dan visi sekolah. Namun itu amalan kerja berpasukan turut memainkan peranan yang penting memastikan pengurusan sekolah mampu melakukan sesuatu perubahan ke arah yang lebih baik.